CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 23, 2009

Masih Adakah Lagi (Bhgn 2)


Ya Allah,
Masihkah ada lagi seorang hamba didunia ini
Yang punye pekerti seperti Rasulullah
Yang kasih dan cintanya padaMu menggunung tinggi
Yang rumah utama baginya adalah masjidMu
Yang lidahnya sentiasa bergetar menyebut kalamMu
Yang wajahnya sentiasa basah dek wudu' yg tak pernah putus
Yang dahinya sejuk mencium sejadah
Yang bibirnya tak putus zikir padamu
Yang tempat terindah baginya adalah saat mengadap qiblatMu
Yang pandangannya dijaga kerana takutkanMu
Yang pergaulannya dibataskan demi menghormati syariatMu
Yang sayangnya pada RasulMu melebihi sayangnya pada dirinya sendiri
Yang kasihnya pada ibu bapanya diabadikan dalam doanya
Yang cintanya pada saudaranya hanya keranaMu
Yang mentaati suruhanMu tanpa sedikitpun rasa bebanan
Yang hidupnya penuh dengan kesederhanaan
Yang air matanya berguguran dek kesal dosa semalam
Yang hatinya sayu dan pedih melihat kesusahan sahabatnya
Yang hatinya benci memandang kemungkaran
Dan yang Kau janjikan syurga buatnya disana kelak...
masih adakah lagi?

Masih Adakah Lagi


Masih adakah lagi,
Insan seperti Rasulullah,
Yang sepenuh jiwanya hanya untuk Islam,
Yang seluruh raganya dikorbankann utk Islam,
Yang tinggi pekertinya hingga menjangkau awan,
Yang dihormati teman dan lawan...
Masih adakah lagi,
Insan seperti Siti Khadijah,
Wanita mulia kekasih Rasulullah,
Yang setia bersama dalam senang dan payah,
Akhlaknya qudwah hasanah tauladan ummah,
Menjadi contoh wanita terindah...
Masih adakah lagi,
Sahabat sesetia Abu Bakar,
Sanggup menjadi benteng saat Rasulullah hampir dipatuk ular,
Setia mendengar dan mengesah benar,
Tak takut walau terpaksa meredah sengsara,
Cekal hatinya bersama setiap masa dan ketika,
Demi menegak Islam agama tercinta...
Masih adakah lagi,
Wanita sehebat Rabiah Adawiyah,
Menolak cinta manusia demi hanya cinta Pencipta,
Hatinya penuh rindu membara,
Hingga tak terisi sedikit pun benci pada si durjana,
Setiap saat dan langkahnya hanya demi cinta yang utama...
Ya Allah,
Masihkah ada lagi insan sehebat mereka yang Kau janjikan syurga?
Masihkah ada lagi manusia seperti mereka,
Yang Kau beri ketenangan pada hati dan jiwa mereka,
Yang Kau kasihi dan rindui mereka,
Yang akan Kau sambut mereka disana dengan hati terbuka...
YaAllah,
Aku siapa untuk jadi seperti mereka,
Imanku senipis kabus didepan mata,
Peganganku pada agamaMu umpama lalang ditengah padang,
Pagiku tegak petang ku tumbang,
Semangatku lemah bagai air,
Dimana ada lurah disitu aku mengalir,
Aku inginkan akhirat tapi terlalu takut lepaskan dunia,
Aku ingin jadi mulia tapi malangnya aku sentiasa lupa,
Aku sentiasa menyesal dengan dosa tapi selalu pula mengulanginya...
Ya Allah,
Aku ingin jadi seperti mereka,
Hamba solehah penghias syurga,
Umat yang setia mengikut sunnahnya
Anak yang taat membahagiakan ibu-bapa,
Adik yang pengasih penenang jiwa,
Kakak penyayang pembantu utama,
Isteri yang patuh penyejuk mata,
Ibu mithali pengikat keluarga,
Sahabat yang baik peneman setia...
Ya Allah hanya bantuanmu aku perlu,
Bantu aku dalam langkahku,
Agar aku mampu jadi seperti mereka...
InsyaAllah masih ada lagi...

Monday, June 22, 2009

Ilahi Anta Maqsudi...




Ya Allah,
Dulu aku tidak mengerti...
Tidak pula aku tahu makna syukur...
Kerana setiap kali aku menadah tangan memohon sesuatu jarang sekali Kau tunaikan…

Aku pohon kau kurniakan bebunga indah penghias tamanku,
Kau hadiahi Cuma tunas-tunas hijau…
Saat aku ingin rama-rama yang terbang bebas melakari ruangku,

Kau beriku ulat bebulu yang menjijikkan…
Ketika aku meminta hujan yang mencurah menyuburkan duniaku,

Kau datangkan awan mendung yang menggelapkan siangku…
Dikala aku perlukan teman bicara,

Kau tambahkan kesunyianku…
Aku keliru dengan aturanmu,

Hingga aku terfikir,
murkakah kau padaku hingga tiada doaku yang Kau makbulkan
Ataukah Kau sengaja mengujiku lagi…
Aku buntu aku keliru…
Hinggalah aku mula menyedari,

apa Yang kau beri tiada yang sia-sia…
Tunas hijau itu mula berputik lalu menebarkan bunga-bunga indah…
Ulat-ulat membesar menjadi rama-rama cantik…
Awan mendung mencurahkan hujan yang menyubur duniaku…
Dan kau jadikan aku sunyi agar aku belajar mencari teman yang paling setia,

yang tak jemu mendengar keluhanku,
tidak pula meninggalkan aku saat susahku dan sentiasa membantu langkahku…
dan teman itu kutemu dalam sujudku…
terima kasih ya Allah kerana tidak pernah melupakan aku walau hina mana pun aku…


Dari kamar jendela ini,
Aku merenung kesepian malam yang tidak bercahaya
Redup bulan seakan menangisi sebuah kisah kehidupan manusia
yang alpa dan leka
Berkejar-kejar kesana sini tanpa ada petunjuk yang hakiki
Meliar matamu mengintai arah
yang seakan sudah terlalu kelam ditelan kabus dosa dan noda
Langsung mereka lupa pada pencipta yang semakin murka
dek kerakusan makhluk berakal
Mereka pasti tidak pernah mengerti tentang itu..
tentang sebuah hakikat kehidupan yang setiap yang lahir itu pasti akan mati...
yang setiap yang ada itu pasti akan hilang
yang setiap yang bartemu itu pasti akan berpisah
yang setiap yang ketawa itu pasti akan menangis...
pernahkah mereka terfikir tentang itu?
atau mungkin mereka sekadar memejamkan mata
memekakkan telinga munutup mata hati mereka
dan terus menyelubungi segala fakta dengan kelambu kepalsuan
entah berapa kali agaknya dalam kehidupan mereka merasai nikmatnya saat dahi mancecah kesejadah,
alangkah syahdunya saat lidah menutur kalam Rabbul Izzati
alangkah bahagianya saat bibir membibitkan zikir ilahi
alangkah bahagianya saat hati mengingati Pencipta
alangkah damai jiwa saat tawakal menyelubungi sanubari
Mereka pasti tidak tahu kerana mereka mereka hanya tahu mengejar dunia
Mereka hanya tahu mengucupi kenikmatan harta yang berganda
Mereka hanya tahu melayan nafsu semata tanpa mengira masa
kerana mereka tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Sampai bila agaknya bulan harus meratapi kepiluan dari luka lantaran manusia
Dan sampai bila harusku tunggu
demi sebuah keindahan malam tanpa ada tangisan bulan,...sampai bila?

Sunday, June 21, 2009

ampunkan aku Tuhan...

Saat aku sujud mengadapmu ilahi,
penuh pasrah aku mengucup sejadah,
betapa aku insan berdosa,
berkali-kali aku leka darimu,
aku lupakanmu aku abaikanmu,
dan saat ini aku ingin kembali kepangkuan Tuhanku
walaupun ku tahu wajahku penuh dengan debu dosa
tercalit juga arang nista,
namun pada siapa lagi harus aku kembali
disaat aku tersesat jauh dari jalan kebenarana
ku menadah tangan memohon doa,
malu sungguh aku padamu ya Allah,
tangan aku juga penuh lumpur kejahatan
hingga terpalit ke seluruh tubuhku
layakkah aku dipandangmu,
kerana saat ini aku cukup hina,
hina kerana aku adalah hamba yang pernah lupa diri,
pernah mempermudahkan syariatmu,
aku sungguh hina Ya Allah.
hari ini aku ingin kembali padamu,
tapi bagaimana?
aku ingin sucikan diriku dari segala kotoran ini
agar nanti aku tidak malu mangadapmu...
aku tanya pada awan,
'mampukah hujan menghilangkan dosaku?'
awan berlalu langsung tak dipandangnya aku.
aku tanya pada angin,
'mampukah kau tiup segala debu di tubuhku?'
katanya, taufan pun tak mampu.
aku memandang matahari,
mampukah dia mengeringkan lumpur dihatiku?
mengapa tiada yang membantu aku?
mengapa?
aku renung awan,angin dan matahari,
bukankah Tuhan yang mencipta mereka sama dengan Tuhan yang menciptaku?
bukankah Tuhan yang Esa itu punya sifat pengampun?
bukankah hanya keampunannya yang mampu mencuci noda ini?
kini aku dalam sujudku,
aku pohon ampunmu Ilahi
kerana aku tahu hanya itu yang mampu menanggalkan segala debu,
arang dan lumpur dosa lamaku
dan semoga saat aku kembali nanti aku tidak malu merenungmu Ilahi...