Sahabat,
Entah mengapa dan kenapa perasaan ini menyelinap ke hatiku,
Perasaan sedih yang amat dengan sikapmu,
Perasaan terkilan dengan tingkahmu,
Salahkah aku punya perasaan sebegini?
Berdosakah aku kerana rasa perit dihati ini?
Ingatkah kau lagi saat kita sama-sama menongkah arus hidup,
Kita saling berpaut agar tak jatuh,
Kita sama-sama merasa perit perjuangan,
Kita sering meneguhkan hati sesama kita,
Bagiku senyumanmu kabahagiaanku,
Tapi kini Sahabat,
Kau sudah punya teman baru,
Teman yang cukup sempurna,
Teman yang bakal sehidup semati denganmu,
Teman yang sentiasa disisimu,
Dan kini aku seolah dilupakan,
Aku sedar dan aku pasti yang tempat seorang isteri disisi suaminya,
Tapi wajarkah kau terus membuang aku?
Wajarkah hingga hati dan perasaan aku kau tolak ketepi?
Wajarkah kau mencipta luka yang dalam sebegini?
Wajarkah?
Aku punya hati dan perasaan,
Aku cukup bahagia saat kau bahagia,
Tapi tanpa ku sangka,
Kau telalu bahagia hingga tak perlukan aku lagi?
Sahabat,
Siapa aku dihatimu?
Bukankah aku sahabatmu?
